Top Partners for Your eCommerce Boost

Rakan Utama Untuk Tingkatkan eDagang Anda

Kami telah bekerjasama dengan pelbagai jenama – daripada penyelesaian menyeluruh untuk kedai eDagang hinggalah membantu membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya dengan kerjasama eDagang terbaik di Malaysia.

Perkongsian EasyParcel

Bagi memberikan anda pengalaman penghantaran & logistik terbaik, EasyParcel telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk menyokong pertumbuhan perniagaan anda!

Kenapa  Berpartner Dengan Kami?

Kerjasama kami dibina dengan kejayaan perniagaan anda sebagai keutamaan.

1. Penyelesaian eDagang Menyeluruh

Lengkap dengan platform “all-in-one” untuk kejayaan eDagang anda, EasyParcel melangkah lebih jauh dengan pelbagai integrasi tambahan bagi menjadikan pengalaman eDagang anda bersama kami unik dan berkesan.

2. Jimat Kos

Setakat ini, kami telah membantu pelanggan menjimatkan kos penghantaran dan logistik sebanyak RM112 juta – dan jumlah ini terus meningkat. Anda juga boleh jadi sebahagian daripada mereka!

3. Penyelesaian Keusahawanan

Manfaatkan kerjasama kami bersama institusi kewangan terkemuka di Malaysia untuk membuka peluang besar dalam mengembangkan dan menaik taraf perniagaan anda.

4. Pasukan Sokongan Dedicated

Pasukan berpengalaman kami sentiasa bersedia untuk menyokong keperluan perniagaan anda di setiap langkah.

Platform Tempahan Penghantaran Terbaik di Malaysia

Kami telah diiktiraf dan disokong dengan anugerah-anugerah berikut, mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform tempahan penghantaran yang paling dipercayai di Malaysia.

frequently-asked-questions

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu program Perkongsian EasyParcel?
EasyParcel telah bekerjasama dengan pelbagai jenama, daripada penyelesaian serba lengkap untuk kedai eDagang sehingga perkhidmatan yang membantu membawa perniagaan eDagang anda ke tahap seterusnya. Perkongsian ini dibina untuk memberikan anda pengalaman penghantaran terbaik serta menyokong pertumbuhan perniagaan anda. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai EasyParcel di halaman Tentang Kami kami.
Apakah kategori rakan kongsi yang bekerjasama dengan EasyParcel?
Rakan kongsi EasyParcel dikelompokkan mengikut kategori termasuk eDagang, Tawaran, Pembayaran, Telekomunikasi, Logistik, Perjalanan, Perniagaan, dan Elektronik, supaya anda boleh mencari rakan kongsi yang relevan dengan pelbagai aspek dalam menjalankan perniagaan anda.
Apakah kelebihan perkongsian EasyParcel?
Perkongsian EasyParcel dibina dengan mengutamakan kejayaan perniagaan anda. Antara kelebihan utamanya termasuk penyelesaian serba lengkap untuk eDagang, cara untuk menjimatkan wang, penyelesaian keusahawanan, serta pasukan sokongan khusus untuk membantu anda sepanjang perjalanan.
Apakah itu Penyelesaian Serba Lengkap eDagang?
EasyParcel dilengkapi dengan platform penyelesaian serba lengkap untuk kejayaan eDagang, disertai banyak integrasi tambahan bagi menjadikan pengalaman eDagang anda bersama kami sesuatu yang unik. Anda boleh meneroka alat yang tersedia di halaman EasyParcel Shipping Tools kami.
Bagaimana saya boleh bermula dengan EasyParcel?
Anda boleh mencipta akaun percuma EasyParcel anda untuk mula membandingkan kadar kurier dan menempah penghantaran dalam masa beberapa minit. Jika anda memerlukan bantuan untuk memulakannya, anda juga boleh hubungi kami.

Berkembang Bersama Melalui Kerjasama Strategik

Bekerjasama dengan EasyParcel untuk membuka peluang baharu dalam bidang penghantaran dan logistik. Jalin kerjasama dengan kami untuk mencipta pengalaman penghantaran yang lebih baik serta meluaskan capaian anda dengan penyelesaian yang fleksibel.

×