5 Tips Twitter Bagi Pemasaran Lebih Baik - EasyParcel | Delivery Made Easy
For Beginners Knowledge Base Tips and Tricks

5 Tips Twitter Bagi Pemasaran Lebih Baik

Tahukah anda, secara rata satu tweet hanya bertahan selama 18 minit? Ini boleh membuat usaha pemasaran anda terasa kurang mendapat sambutan jika ianya senang dilupakan atau tidak pernah dilihat. Twitter adalah social media yang sangat pantas dan memerlukan strategi yang hebat untuk membantu menaikkan profil Twitter, dan fokus untuk membantu usaha pemsaran anda.

1. Bina Profil Anda

Biodata profil anda adalah terhad kepada 160 perkataan, jadi anda harus menjadikan ianya ringkas dengan perkara yang penting. Cadangan adalah untuk fokus kepada visi atau misi bisnes anda, contohnya tentang bisnes anda.

Username anda harus nama bisnes anda kerana anda nak orang mengenali bisnes anda. Contohnya @Namabisnes anda. Tetapi jika anda tidak dapat cipta username nama bisnes anda kerasa mungkin sudah digunakan oleh orang lain, elakkan menggunakan nombor. Hal ini kerana ia akan membuat anda sukar untuk ditemui dan senang untuk dilupakan. Anda boleh cuba untuk letak simbol underscore ( _ ). Ini adalah contohnya @Nama_bisnes . Akhir sekali jangan lupa untuk letak pautan (link) halaman web anda, atau link untuk pelnggan anda membeli atau hubungi anda.

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk saiz profil Twitter ya.

2. Post Gambar, Video & GIF

Twitter tak semestinya anda harus sentiasa tweet tanpa menggunakan media. Sebenarnya tweet yang mempunyai video atau GIF menerima respon yang lebih tinggi berbanding yang tidak menggunakannya.

Anda harus tentukan bila harus menggunakan gambar, video, GIF dan juga tweet. Hal ini kerana tak semua tweet sesuai untuk masukkan GIF, begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, jika anda terang tentang produk atau servis, sebaikknya menggunakan gambar atau video. Jika anda sedang membuat kenyataan, sebaiknya hanya menggunakan tweet. Bagi GIF pula sesuai untuk menambah kegembiraan dan lawak. Tweet yang lawak adalah teknik yang bagus untuk mendapat respon yang tinggi dari pengguna Twitter.

3. Post Selalu & Berterusan

Twitter adalah antara beberapa platform sosial media yang memerlukan posting yang kerap. Hal ini kerana ia mempunyai persekitaran yang pantas dan kemahuan yang tinggi untuk dapatkan berita trending dimana yang boleh membuat Twitter dibanjiri!

Sosial media strategi, Loise Myers mencadangkan untuk posting 13 kali sehari. Walaupun anda boleh post kurang, tetapi kandungan pemasaran anda akan menjadi kurang berkesan dan kemungkinan akan  tersembunyi di dalam kebanjiran twitter feed.

4. Menggunakan Hashtag

Hashtag digunakan di dalam Twitter bagi mengkategorikan topik dan membuta twitter anda lebih mudah untuk dijumpai. Dengan menggunakan hashtag berjenama, anda boleh mencipta keriangan dan membawa trafic ke produk atau servis yang anda pasarkan, atau boleh digunakan untuk meningkatkan trafik organik dan menggalakkan pengikut anda untuk menggunakan hashtag yang sama di Tweet mereka.
#EasyParcel

5. Selalu Berhubung Dengan Pengikut & Persaingan Anda

Khidmat pelanggan tidak akan berakhir sehingga terutama apabila di atas talian dan pengikut anda ingin didengari. Tahukah anda, secara purata masa memberi maklum balas dari syarikat di Twitter adalah 1 hari, 7 jam dan 12 minit? Namun, 64% dari pengguna Twitter mengharapakan maklum balas dari syarikat dalam masa 1 jam!

Jika dibandingkan dengan platform lain, Twitter memerlukan lebih banyak tenaga yang mudah untuk menyebabkan anda penat. Jika anda sedang mengalami kesusahan dalam mengekalkan permintaan pengikut anda tweeting, sila  pertimbangkan untuk  mengambil lebih banyak pekerja untuk berkongsi kerja atau buka akaun kedua bisnes khas untuk pertanyaan pelanggan.