EasyParcel x My Pets' Haven: Beri perlindungan kepada haiwan kecil yang terbiar ini dengan Mata EasyReward Anda - EasyParcel | Delivery Made Easy
Announcement Dashboard

EasyParcel x My Pets’ Haven: Beri perlindungan kepada haiwan kecil yang terbiar ini dengan Mata EasyReward Anda

Anjing dan kucing adalah salah satu haiwan yang selalu dijadikan peneman, penghibur dan juga yang selalu menceriakan suasana. Cinta mereka kepada manusia juga tiada batasan dan sentiada ada ketika kita sedih atau bahagia. Tetapi, tahukah anda bahawa setiap tahun, beribu haiwan ini berada di pusat penyelamat haiwan?

Kebanyakkan organisasi kebajikan haiwan dikendalikan oleh orang yang paling baik di dunia – iaitu sukarelawan. Mereka bergantung kepada kemurahan hati pencinta haiwan untuk membantu menyediakan tempat perlindunga kepada haiwan terbiar. Walau bagaimanapun, Untuk mengendalikan organisasi memerlukan kos. Berdasarkan The Star, pusat pelindungan haiwan membelanjakan sehingga RM60,000 setahun bagi rawatan dan ubat. Tanpa sumbangan, mereka tidak dapat membantu haiwan-haiwan ini sepenuhnya.

Kali ini, kami telah menemui sebuah tempat perlindingan haiwan iaitu My Pets’ Haven di Selangor dan memutuskan untuk membantu mereka – dan semestinya anda juga boleh sertai! My Pets’ Haven mempunyai 4 misi iaitu Menyelamatkan, Mencari Rumah Baru, Rawat dan Kembiri:

Menyelamatkan: Selamatkan haiwan yang memerlukan bantuan dan didera.

Memberi Rumah Baru:  Menggalakan mengadaptasi haiwan dan kurangkan membeli haiwan baru. Anda boleh mengadaptasi di sini.

Rawat: Menyediakan bantuan perubatan dna memastikan mereka sihat sebelum mereka diadaptasi.

Kembiri : Mengutip dan dilepaskan kembali untuk mengawal populasi haiwan terbiar di  jalanan.

Semua ini tidak dapat dijalankan dengan bantuan anda. Kebaikan anda sangat berharga dan kami di sini ingin menjemput anda untuk menyertai misi bantuan menyelamatkan dan memberi bantuan kepada haiwan terbiar ini. Anda boleh menyumbang mata EasyReward yang anda perolehi sebagai sumbangan!

Gunakan serendah 200 mata EasyReward untuk menebus [Donation to My Pets’ Haven For Furkids] yang disediakan dalam halaman EasyReward dan kami akan menukar mata EasyReward anda kepada nilai RM2 untuk sumbangan. Kami juga menyediakan pilihan untuk menggunakan 2000 mata EasyReward kepada sumbangan RM20!

Ini adalah langkah untuk anda membuat sumbangan melalui Kebajikan EasyReward!

Langkah 1: Daftar/ Log Masuk  di easyparcel.com

Langkah 2: Pergi Ke Ganjaran > EasyReward

Langkah 3: Anda boleh memilih dari 2 kolum iaitu 200 atau 2000 mata EasyReward yang ingin disumbangkan. Setiap 100 mata EasyReward akan ditukarkan kepada RM1 sumbangan kepada My Pets’ Haven.

Semua mata terkumpul akan ditukarkan kepada nilai wang dan disumbangkan kepada My Pets’ Haven.  Sumbangan akan dibahagikan kepada 70% bagi rawatan perubatan dan 30% bagi haiwan kesayangan dan keperluan harian mereka. Sumbangan kecil anda memberi impak yang besar kepada mereka. Jom sertai misi bantuan untuk haiwan ini sekarang sehingga 30 April 2021!