Import Tempahan Dari Sosial Media Dengan QuickSend - EasyParcel | Delivery Made Easy
Announcement Dashboard Feature Integration

Import Tempahan Dari Sosial Media Dengan QuickSend

Hai semua orang yang berjaya! So, adakah anda salah seorang yang menjual produk di sosial media? Jika ya, anda adalah orang yang terpilih untuk blog pada hari ini. Kerana topik pada hari ini adalah sangat penting kepada anda. Jangan lupa untuk baca sampai habis, kerana pada akhir blog ini, anda akan ketahui sesuatu yang sangat ajaib yang tidak semua orang tahu.

Jadi pada hari ini, EasyParcel akan memperkenalkan ciri yang sudah lama ada di dalam EasyParcel iaitu kami namakannya sebagai QuickSend. Semua peniaga yang menjual produk mereka di dalam Facebook, WeChat, Instagram, Line dan WhatsApp dengan mudah dapat import terus barang mereka ke dalam EasyParcel. Tanpa 1 per 1 tempahan secara manual dari pelanggan. Bagaimana ia berfungsi? Jom baca sampai habis.

Ini Adalah Bagaimana EasyParcel Berfungsi 😍
Import Order Anda Dengan 4 Langkah Yang Super-Mudah! 🙈

Langkah 1: Integrasikan akaun sosial media anda dengan EasyParcel

Langkah 2: Selepas integrasi selesai, anda akan mendapat URL. Anda hanya perlu menghantar URL ini kepada pelanggan anda.

Langkah 3: Pelanggan anda akan mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.

Langkah 4: Tadaa! Anda seterusya hanya perlu lakukan pembayaran dan kurier akan datang untuk pick-up barang anda dan hantarkan kepada pelanggan anda.

Sediakan Tetapan QuickSend Untuk QuickSend Anda

Langkah 1: Klik pada “Integration”

Langkah 2: Klik pada “Add New Store” dan pilih “QuickSend”

Langkah 3: Isikan semua maklumat yang diperlukan di dalam.

Langkah 4: Teruskan untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan. Tetapi pada bahagian ini anda boleh mempunyai 2 pilihan untuk menghantar barangan anda iaitu pada bahagian “Send By”  anda dapat dapat membuat pilihan samada ingin menghantar dengan “Cheapest Price” atau anda boleh memilih kurier pilihan anda dengan sendiri seperti Poslaju, Skynet, Nationwide dan sebagainya di ruangan “Courier Company”. Dengan secara automatik anda akan dibawa kepada “Cheapest Price” jika kawasan anda tidak tersedia untuk kurier yang anda telah pilih.

Bagaimana Ingin Import Tempahan Ke Dalam EasyParcel?

Langkah 1: Klik pada “Integrations” semula dan kemudian klik pada “Your Stores”. Dan dari sini anda dapat melihat link untuk kedai yang anda telah wujudkan. Anda perlu salin dan berikan link integrasi tersebut kepada pelanggan anda.

Langkah 2: Ini adalah borang yang pelanggan anda akan lihat. Jadi dari sini pelanggan anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Untuk semakan tempahan dari pelanggan anda, anda perlu klik pada “Orders Imported” dan anda akan lihat tempahan dari pelanggan anda. Anda boleh klik pada mana-mana tempahan yang anda ingin proses. Di bahagian ini juga anda boleh memilih tarikh pengutipan untuk tempahan dari pelanggan anda. Selain itu, anda boleh memilih untuk drop-off tempahan pelanggan anda di mana-mana Pgeon Point yang berdekatan anda.

Langkah 4: Di QuickSend juga anda boleh memilih untuk menggabungkan tempahan jika tempahan tersebut adalah dari alamat yang sama. Anda boleh tekan pada “Merge Orders” dan anda akan terus dibawa ke bahagian pembayaran.

Langkah 5: Klik pada “Add to Cart” dan anda akan dibawa ke bahagian pembayaran untuk meneruskan penghantaran kepada pelanggan anda!

Anda sudah hampir ke garisan penamat! Setelah pembayaran selesai anda akan mendapatkan air waybill. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya cetak dan tampalkan airwaybill tersebut pada bungkusan (parcel) atau kotak anda. Dan kemudian abang kurier akan datang untuk pick-up barang anda dari rumah anda.

Lupakan tentang betapa susahnya anda harus terima tempahan dari pelanggan anda dan proses tempahan tersebut secara manual. Dengan EasyParcel, semua kerja anda akan menjadi lebih, dan lebih mudah!

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan ragu-ragu untuk berhubung dengan kami di [email protected]