Jamin Bungkusan Anda Bersama EasyCover Dengan Perlindungan Sehingga RM10,000 - EasyParcel | Delivery Made Easy
Announcement Dashboard Feature Pgeon

Jamin Bungkusan Anda Bersama EasyCover Dengan Perlindungan Sehingga RM10,000

Sebagai usaha berterusan untuk memastikan anda nikmati ketenangan apabila menggunakan EasyParcel untuk penghantaran, kami dengan gembira mengumumkan pelancaran EasyCover!

Dengan 2% nilai bungkusan anda, pelan pelindungan baru ini akan memastikan penghantaran Pgeon dalam semenanjung Malaysia dijamin dari hilang dengan perlindungan maximum RM10,000. 

Direka khas untuk anda yang sentiasa menyokong Pgeon sepanjang perjalanan penghantaran bungkusan ini. Jangan tunggu lagi, ketahui bagaimana kami boleh menjamin bungkusan anda dengan EasyCover:-

Pembayaran EasyCover 2% dari nilai bungkusan anda.
**Sebagai contoh, jika nilai bungkusan anda adalah RM1000, anda harus menambah pilihan EasyCover dan membayar tambahan RM20 sahaja. 
Perlindungan Maximum  Sehingga RM10,000 setiap satu bungkusan
Kurier Yang Disediakan Bagi EasyCover Pgeon Prime, Pgeon Delivery, Pgeon Paperless
** Sah dalam semenanjung Malaysia sahaja bagi servis pintu ke pinti, pintu ke point atau point ke pintu 
Tempoh Masa Laporan  Dalam Jangka Masa 15 sehingga 21 hari dari tarikh pengutipan
Dokumen Yang Diperlukan Apabila Tuntutan EasyCover

1. Invois jualan/belian yang harus mengandungi maklumat:

  • Bukti nilai (nilai barangan)
  • Kandungan Bungkusan (penerangan barang)

2. Gambar kandungan bungkusan dan pembungkus bungkusan

3.  Laporan polis bagi nilai bungkusan RM1000 keatas (apabila diminta)
**Gagal menyediakan semua dokumen yang diminta akan menyebabkan tuntutan ditolak. Kami di EasyParcel berhak untuk meminta laporan polis sebagai bukti sokongan bagi tuntutan EasyCover anda. Sah bagi nilai bungkusan lebih dari RM1000 atau pemohonan bukan pertama kali dengan nilai bungkusan kurang dari RM1000.

Bagaimana Cara Untuk Membeli EasyCover?

Teruskan tempah servis Pgeon untuk penghantaran dalam semenanjung Malaysia seperti biasa. Pada bahagian “Isi maklumat bungkusan”, masukkan nilai bungkusan anda. Jika nilai bungkusan anda lebih dari RM200, jadi anda akan nampak pilihan EasyCover untuk anda aktifkan dengan 2% caj dari nilai bungkusan anda. 

Bagi terma & syarat EasyCover, klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut.